Monday, 23 November 2015

Cara memilih saiz kasut yang betul

Pilih size kasut anda yang betul

Ukuran diambil hendaklah ukuran paling panjang pada kaki untuk saiz yang tepat. Cara yang baik untuk mengukur adalah seperti berikut


1) Kertas a4 kosong ditampal pada lantai untuk kedudukan yang tetap
2) Pijak kertas dan lukis bentuk kaki menggunakan pencil. Seeloknya lukis menggunakan tangan berlawanan dengan kaki yang diukur. 
3) Ukur panjang lakaran kaki anda dalam unit cm.
4) Ukur Lebar lakaran kaki anda


Tips lain ketika mengambil ukuran: 
Kaki yang sesuai untuk ukuran adalah sebelah kanan kerana biasanya kaki kanan lebih besar dari kaki sebeleh kiri. Namun ada kes-kes terpencil kaki kiri lebih besar. jika tidak pasti ukur keduan-duanya dan ambil ukuran yang paling besar. Waktu mengambil ukuran pula digalakkan pada waktu petang kerana inilah waktu kaki mengembang paling maksima. 

Selepas anda mendapat ukuran, rujuk carta saiz kasut yang paling hampir dengan ukuran sebenar anda

Kemudian anda boleh memilih kasut berdasarkan ukuran dari carta. Contohnya jika ukuran panjang adalah  21 cm maka ukuran terdekat adalah 21.6 manakala saiz UK adalah saiz 3. Untuk mendapatkan kasut yang lebih tepat, dapatkan khidmat nasihat dari perunding jualan. Kebiasaan kasut yang ada dalam pasaran menggunakan saiz piawai US, Kami pula mengikut piawai UK. Happy Feet :)

Antara potongan kasut yang ada seperti:

Sesuai untuk orang berkaki lebar

Sesuai untuk orang berkaki tirus

Sesuai untuk orang berkaki sedikit lebar

Sesuai untuk orang berkaki sedikit lebar

Sesuai untuk orang berkaki sedikit lebar
Sesuai untuk orang berkaki tirus
Sesuai untuk orang berkaki sedikit lebar

Sesuai untuk orang berkaki lebar

Sesuai untuk orang berkaki lebar
Sesuai untuk orang berkaki tirus dan lebar. 

Diharap anda dapat manfaat daripada perkongsian ini. 

REMEMBER!!!
Beauty is not pain but health is beauty :)





No comments:

Post a Comment